My Blog List

Monday, 5 September 2011

the secret of "buah mahkota dewa"

salam aidilfitri semua yer....harini dah hari ke tujuh kita menyambut aidilfitri....alhamdulillah...semoga semua orang berbahagia disamping keluarga tersayang.... =)
post kali nie nak cite tentang rahsia satu pokok herba...pokok ni my ibu ada tanam kat belakang rumah, banyak betol buah...jom kita tengok pokok ni, kat bawah nie...
ha, ni lah pokok herba tu, kat belakang rumah....my mum yg tanam... banyak buah, hijau jer kan...
ok, dah tengok rupe pokok herba ni mcmna kan, nama pokok ni mahkota dewa, orang jawa plak panggil makuto dewo n nama saintifik pokok mahkota dewa ni ialah Phaleria macrocarpa.....pokok ni berasal dari papua....ketinggian pokok ni pulak dalam 3 meter jer...buah mahkota dewa nie memang terkenal banyak khasiat dalam perubatan n memang dah diakui oleh universiti di osaka jepun n di indonesia sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit seperti barah (cancer), kencing manis (diabetis), penyakit jantung, darah tinggi (high blood pressure) n masalah jerawat....ok, jom tengok rupe buah mahkota dewa ni cena...
ok, ni lah rupa buah mahkota dewa tu... picture ni amik kat pokok belakang rumah yg my mum tanam, memang sangat banyak buah....
actually buah mahkota dewa ni warna hijau bila masih muda, dah berubah warna merah bila dah matang or masak, time ni la orang akan ambil, potong nipis2 n jemur sampai kering untuk dibuat ubat... mcm gambar kat atas tu, buah tu dah berubah color cket2 dari hijau ke kemerah merahan...buah nie sgt banyak khasiat, namun bijinya beracun sbb ada kandungan alkoloid...jom kita find out kandungan yang ada dalam buah mahkota dewa nie...sebelum tu, kita tengok picture lg...hehehe
ni buah kat batang pulak.... masih lg hijau....
buah mahkota dewa ni tinggi kandungan alkaloid, saponin, flavonoid, n polifenol.....alkaloid ni untuk menyah toksin dan racun... saponin pulak baik untuk mencegah darah beku, mengurangkan kadar gula dalam darah, meningkatkan imunisasi badan dan juga antibakteria n antivirus.....flavonoid plak dapat melancarkan perjalanan darah, mecegah darah beku pada pembuluh darah, mengurangkan kandungan kolesterol, mengurangkan kadar risiko penyakit jantung, n anti-inflamasi, antioksidan.... polifenol plak sebagai anti-histamin or anti alergi....banyak kan khasiat buah mahkota dewa nie...renung3kan dan selamat beramal yer.... hehehe =p

erm, pokok ni ada bunga taw, cantik, color putih, nak tgok??? ce tengok kat bawah nie...
ni lah bunga pokok mahkota dewa, color putih, cantiikkk.... =)
ok, setakat ini dulu la post untuk rahsia pokok yg my mum tanam nie...insyaAllah, masa akan datang, kite dissect buah, bunga, daun, n semuala, korek lagi rahsia pokok nie, tengok morphology pokok nie dgn lebih dekat... ok lah, selamat meng explore this world!!!! =)